Friday, March 11, 2016

JOM KENALI DIA !! Pemilik Suara Animasi Siri Kartun Boboboi !! Percaya Atau Tidak !!


#Bagi yang menggemari siri animasi Boboiboy , pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara kartun superhero itu…..
Jangan terkejut kerana di sebalik personaliti Boboiboy itu , dia adalah seorang gadis berusia 17 tahun, Nurfathiah Diaz, 17…..
# Dia mula membabitkan diri sebagai pelakon suara sejak berusia tujuh tahun lagi , Nurfathiah atau lebih mesra disapa Thiah tidak menyangka dia mampu bertahan sehingga sekarang….

“Saya telah meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur tujuh sehingga 10 tahun……

“Selepas itu, saya meminjamkan suara saya untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang. Kiranya, tahun ini genap 10 tahun saya terbabit sebagai pelakon suara ,” ujarnya….

#Menurut Thiah lagi , menjadi pelakon suara sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya rezeki itu hadir secara kebetulan sahaja ………..

#Namun, secara perlahan-lahan minatnya terhadap bidang itu mula bercambah sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi……..

“Saya tidak pernah tahu wujudnya bidang ini kerana sejak kecil lagi ketika menonton kartun saya sangkakan itu adalah suara mereka sendiri……

“Apabila diberi peluang untuk melakonkan watak Upin dan Ipin serta Boboiboy, baru saya faham…..

“Ternyata ianya bukan semudah yang disangka kerana perlu berlakon dengan emosi yang betul mengikut skrip disediakan. Ada ketika untuk satu-satu babak mengambil masa yang lama,” katanya…….

#Sambung Thiah lagi , dia masih lagi bersekolah seperti biasa kerana poses rakaman suara dilakukan pada setiap Sabtu dan Ahad……

“Jika kebetulan ada perkara penting atau pembetulan, baru proses rakaman dijalankan pada hari biasa……#

“Namun kebiasaannya setiap kali sesi mengambil masa enam jam membabitkan satu episod. Tetapi ia juga bergantung kepada durasi babak itu,” katanya…....#

#Menerusi filem Boboiboy, Thiah mengambil masa dua tahun untuk merakamkan suaranya kerana proses pembikinan filem itu dilakukan secara berterusan………

#Selepas filem itu mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia, Thiah tidak sabar bertemu peminatnya di Indonesia pada 13 April ini……...

“Memandangkan siri ini turut ditayangkan di Indonesia, jadi tidak dinafikan ramai peminat saya yang berada dari sana…..@

“Sejak mereka mendapat tahu filem ini bakal ditayangkan di sana, setiap hari Instagram saya dihujani komen mereka tidak sabar mahu berjumpa saya,” katanya ringkas …....#






PELIK TAPI BENAR !! Ikan Pelik Yang Cukup Mengejutkan Ditemui !!


#.Seorang nelayan terkejut apabila mata kail yang dilemparkannya ketika memancing dimakan sejenis ikan pelik yang memiliki rupa hodoh seakan-akan raksasa selain bergigi taring seperti piranha……….

#Menurut Mohd Japar Asan, 50, hasil tangkapannya kali ini begitu mengejutkannya kerana kali pertama menemui ikan berkenaan ketika memancing di perairan Bohiyan di sini, berhampiran Pulau Gaya…..

“ Saya bersama seorang lagi rakan bergerak ke perairan itu kira-kira jam 10 pagi untuk memancing. Tidak lama kemudian, umpan saya telah mengena dan ketika menarik pancing untuk melihat hasil tangkapan terkejut melihat spesies ikan sangat hodoh dengan wajah menakutkan,” katanya ketika ditanya ………. 

“ Ini merupakan kali pertama saya melihat ikan jenis itu dan tidak pernah menemuinya sepanjang memancing di sekitar perairan itu sejak 40 tahun lalu,” ujarnya lagi ……

#Menurutnya lagi , sebaik memperoleh tiga ikan sama, dia dan rakannya mengambil keputusan pulang berikutan bimbang berlaku perkara buruk…….

“Ini kali pertama saya memancing ikan berbentuk raksasa dengan gigi taring yang menakutkan.
“Ikan itu telah dibawa pulang dan diserahkan kepada rakan kerana tidak berani memakannya,” ujarnya panjang …..

#Katanya lagi , ketika ke laut tengah hari semalam, dia turut memperoleh ikan sama sebanyak empat ekor………..

“ Saya sangka ianya merupakan spesies yang hanya singgah sebentar ke kawasan ini, tetapi meleset apabila memperoleh ikan sama ketika memancing pagi tadi …...

“Tiga ekor ikan itu telah saya berikan kepada jiran manakala seekor lagi disimpan di rumah,” katanya…..

#Jiran Mohd Japar, Habiburahman Datu Jamaluddin, 35, berkata dia ada menyimpan seekor ikan dipancing lelaki berkenaan kerana jarang ditemui selain rupanya yang kelihatan agak pelik…..
sumber hmetro...



Wednesday, March 9, 2016

GEMPAR !! Lelaki Berpakaian Wanita Jatuh Bangunan ! Biar Betul !


#Seorang lelaki yang berpakaian wanita ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga di pangsapuri mewah di SS 19/1, di sini, 9.30 pagi tadi di Subang Jaya….

#Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan ternampak seorang disangka seorang perempuan yang terjatuh dari bangunan pangsapuri berkenaan….

#Menurutnya lagi , pemeriksaan polis di lokasi mendapati mayat berada di kaki lima banggunan.


"Pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki berusia 21 tahun berambut panjang dan lengkap berpakaian seperti wanita ditemui mati di tingkat bawah banggunan tersebut …….@

"Hasil daripada pemeriksaan oleh pihak Unit Forensik mendapati terdapat kesan calar di badan dan darah di bahagian telinga dipercayai berlaku unsur jenayah ……...

"Polis juga turut menahan seorang lelaki warga Kenya berusia 40 tahun di tingkat tiga banggunan berkenaan bagi membantu siasatan dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui ……..@

#Menurut Yahaya lagi , kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman ……..


Tuesday, March 8, 2016

MESTI BACA !! Mengapa Anda Kerap Kencing ! Apa Yang Terjadi ? Langkah Pencegahan Yang Perlu Diambil !


#Ramai yang menderita kerana kerap buang air kecil yang juga merupakan petanda pundi kencing menghadapi masalah …...
#Tahukah anda ? Bahawa kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali pundi kencing terlalu aktif …..
#Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan….. Alasan mereka bahawa mereka malu atau menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia. Masalah sukar kawal kencing atau inkontinens itu turut menjejaskan kehidupan seharian mereka …..
#Ramai yang salah faham mengenai masalah ini apabila menganggap ianya sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada semua peringkat umur…...
#Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1 peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu…...
#Berdasarkan kajian ianya disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas……..
#Tanda-tanda paling penting adalah rasa terdesak untuk buang air kecil diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih pada waktu siang atau malam untuk kencing….
#Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap akan terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju…...
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,” ujarnya …...
#Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare…..