Friday, March 11, 2016

Filled Under:

JOM KENALI DIA !! Pemilik Suara Animasi Siri Kartun Boboboi !! Percaya Atau Tidak !!


#Bagi yang menggemari siri animasi Boboiboy , pasti tertanya-tanya siapa pemilik suara kartun superhero itu…..
Jangan terkejut kerana di sebalik personaliti Boboiboy itu , dia adalah seorang gadis berusia 17 tahun, Nurfathiah Diaz, 17…..
# Dia mula membabitkan diri sebagai pelakon suara sejak berusia tujuh tahun lagi , Nurfathiah atau lebih mesra disapa Thiah tidak menyangka dia mampu bertahan sehingga sekarang….

“Saya telah meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur tujuh sehingga 10 tahun……

“Selepas itu, saya meminjamkan suara saya untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang. Kiranya, tahun ini genap 10 tahun saya terbabit sebagai pelakon suara ,” ujarnya….

#Menurut Thiah lagi , menjadi pelakon suara sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran sebaliknya rezeki itu hadir secara kebetulan sahaja ………..

#Namun, secara perlahan-lahan minatnya terhadap bidang itu mula bercambah sehingga menjadi pilihan penerbit syarikat animasi……..

“Saya tidak pernah tahu wujudnya bidang ini kerana sejak kecil lagi ketika menonton kartun saya sangkakan itu adalah suara mereka sendiri……

“Apabila diberi peluang untuk melakonkan watak Upin dan Ipin serta Boboiboy, baru saya faham…..

“Ternyata ianya bukan semudah yang disangka kerana perlu berlakon dengan emosi yang betul mengikut skrip disediakan. Ada ketika untuk satu-satu babak mengambil masa yang lama,” katanya…….

#Sambung Thiah lagi , dia masih lagi bersekolah seperti biasa kerana poses rakaman suara dilakukan pada setiap Sabtu dan Ahad……

“Jika kebetulan ada perkara penting atau pembetulan, baru proses rakaman dijalankan pada hari biasa……#

“Namun kebiasaannya setiap kali sesi mengambil masa enam jam membabitkan satu episod. Tetapi ia juga bergantung kepada durasi babak itu,” katanya…....#

#Menerusi filem Boboiboy, Thiah mengambil masa dua tahun untuk merakamkan suaranya kerana proses pembikinan filem itu dilakukan secara berterusan………

#Selepas filem itu mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia, Thiah tidak sabar bertemu peminatnya di Indonesia pada 13 April ini……...

“Memandangkan siri ini turut ditayangkan di Indonesia, jadi tidak dinafikan ramai peminat saya yang berada dari sana…..@

“Sejak mereka mendapat tahu filem ini bakal ditayangkan di sana, setiap hari Instagram saya dihujani komen mereka tidak sabar mahu berjumpa saya,” katanya ringkas …....#








0 comments:

Post a Comment